Tuesday, June 1, 2010

ADA APA PADA SEMANGKUK MEE CALONG???





Kasih sayang,pengorbanan,kebahagiaan,keikhlasan dan keceriaan..macam2 ada sebelum semangkuk mee calong sedia untuk di hidang kepada pelanggan,untuk post yang pertama ni,suka saya nak berkongsi makanan popular di beserah,balok dan kawasan sekitarnya iaitu “mee calong”, bagi yang baru dengar nama masakan ni pasti tertanya2..ni lah makanan yang saya rindui ketika berada di perantauan nun di selatan tanah air..mee calong yang paling sedap hanya ada kat 2 tempat di dunia ni(asifah agak bias=)kat kedai umi dan nenek saya.. jemput datang ye..nanti saya sertakan alamatnya..cuba sendiri baru tahu kebenarannya..

PERSOALAN DI SINI,BUKAN KELAZATAN MEE CALONG YANG INGIN DIBINCANGKAN TETAPI BAGAIMANA TERHASILNYA KELAZATAN ITU(MAKSUD TERSIRAT YE)???

terhasilnya kelazatan itu lahir dari jerih perih umi dan nenek membesarkan anak2nya,bukan abah dan atuk tidak berkerja tetapi keperluan semasa tidak dapat menampung kos sara hidup di tambah pula dengan minat berniaga yang mendalam,jadi itu bukan sesuatu yg sukar la..saya suka tengok nenek dan umi, kesungguhan mereka korbankan masa dan tenaga untuk mencari rezeki memang saya kagum..tidur paling lambat untuk siapkan kelengkapan untuk berniaga, keesokkanya bangun paling awal untuk berniaga..satu pengorbanan yang besar untuk melihat anak2 berjaya..dalam masa yang sama terpaksa bersabar dengan kerenah anak2 yang macam2 ragam,tapi umi masih lagi dapat lemparkan senyuman..dibandingkan dengn kita sebagai pelajar,dibebani dengan assignment dan aktiviti persatuan,sudah tidak dapat kawal diri dan hilang arah.. kadang2 rasa bersalah sangat bila tidak dapat buat yang terbaik dalam peperiksaan seolah2 mensia2kan pengorbanan yang umi lakukan..

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA: WAHAI PEMUDA PEMUDI ISLAM!! MUNGKIN KAH KITA PEMIMPIN MASA HADAPAN??? SEDANGKAN MASIH LAGI LEKA DI BUAI MIMPI..APAKAH SUMBANGAN KITA UNTUK ISLAM?? KITA MASIH LAGI GAGAL UNTUK ISI MASA DENGAN AKTIVITI YANG BERMANFAAT,MASIH SUKAR UNTUK KORBANKAN KEPENTINGAN DIRI UNTUK ISLAM.. MUNGKIN KAH KITA PEMIMPIN MASA HADAPAN??? MEMBIMBING UMMAH KE ARAH KEBENARAN DAN KEADILAN??

*teringat pepatah arab yg d ajarkn oleh ustazah kpd saya:

DI SEDIAKAN JANNAH(SYURGA) KEPADA ORANG YG PENAT

Orang yang penat di maksudkn kpada manusia yg berusaha untun dapat kejayaan yg di redhai Allah..sbg cntoh:pelajar yg brpenat lelah unt dpatkn kjayaan..mujahidin yang berpenat lelah untuk tegakkan Kalimah Allah..wallahua`lam..

No comments:

Post a Comment